ML @ NJC

Bahasa ibunda tersemai di hati,
Warisan pujangga tetap dituruti.

Kami perintis Perbayu NJC!

Arkib

September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
March 2008
April 2008
June 2008
December 2008
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
January 2010

Guru-guru

Cikgu Artina
Cikgu Mazalan

Kita :D

Sharah_President
Saiful_Vice President
Atiqah_Secretary
Shairah_Welfare head/Treasurer
Aqilah_Liaison Officer
Haslinda
Ain
Sharah
Shairah
Batrishiya
Khairul Ashraf
Nur Atika
Ahmad Maliki
Nurul Aqilah
Nadiah
Saiful
Abdullah
Nazira
Izza Elyana
Sasha Joseph
Salma
Aisyah

Mesti tag tau!


terima kasih :)

Pencipta reka letak

Reka letak oleh up_in_lights
Lihatlah reka letak lain di Blogskins.com

Saturday, April 12, 2008

Assalamu'alaikum semua,
dan salam sejahtera (:

Alhamdullilah, pementasan drama untuk tahun 2008 merupakan sebuah kejayaan,
terima kasih kepada semua yang membantu, tidak kiralah dari segi apa,
terima kasih sekali lagi (:

kepada guru-guru kami, cikgu Mazalan, cikgu Artina, cikgu Irma dan guru-guru dari Tanglin yang terlibat,
kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan,
dan juga, hmm, hahaha terima kasih cikgu-cikgu kerana membelikan kami makanan,
yang bukan sahaja sedap tapi percuma (:

kepada murid-murid dari sekolah menengah Tanglin,
syabas kami ucapkan atas lakonan yang amat baik,
dan terima kasih kerana memberikan kerjasama kepada kami.
semoga pertalian yang kami bina tidak akan putus begitu sahaja,
dan semoga berjaya dalam apa-apa yang kamu semua lakukan ok?

kami berempat, iaitu Ain, Syafiqah, saya dan juga cikgu Artina,
dijemput untuk sesi temuramah di mediacorp oleh Warna,
untuk program Paradigma bersama Abishek tentang drama kami pada satu hari Rabu.
dari pihak kami, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Warna,
dan kepada Cik Mariam, kerana memberikan kami peluang untuk mempromosikan drama kami,
dan pada masa yang sama, meningkatkan kesedaran di antara masyarakat kami,
terima kasih sekali lagi (:

kepada mereka yang hadir,
pihak kami berharap bahawa anda semua amat amat terhibur dengan drama kami,
dan pada masa yang sama, dapat menerima mesej-mesej yang ingin kami sampaikan,
supaya kami dapat sama-sama,
berubah untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara,
dunia dan akhirat (:

untuk ahli-ahli MLDDS (:

pertandingan pesta pantun akan tiba,
dan saya sudah pun menerima nama-nama mereka yang berminat.

pertandingan deklamasi sajak juga akan tiba,
dan saya harap sesiapa yang berminat akan tampil ke hadapan,
dan mewakili maktab kami,
dan tidak usah risau kerana kami akan membantu anda :D

haha aite aite.

tambahan juga, bagi mereka yang berminat untuk memegang jawatan-jawatan exco,
jangan malu-malu dan sila tampil ke hadapan,
boleh beritahu kami, terutama sekali Zul,
jadi kalau ada apa-apa, bilang saja ye?

sampai sini sajalah untuk masa ini,
jaga diri baik-baik semua,
dan minum air tu banyak-banyak supaya tak sakit :D

Wani!

Biar Melayu kekal selalu menaip pada 1:25 AM