ML @ NJC

Bahasa ibunda tersemai di hati,
Warisan pujangga tetap dituruti.

Kami perintis Perbayu NJC!

Arkib

September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
March 2008
April 2008
June 2008
December 2008
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
January 2010

Guru-guru

Cikgu Artina
Cikgu Mazalan

Kita :D

Sharah_President
Saiful_Vice President
Atiqah_Secretary
Shairah_Welfare head/Treasurer
Aqilah_Liaison Officer
Haslinda
Ain
Sharah
Shairah
Batrishiya
Khairul Ashraf
Nur Atika
Ahmad Maliki
Nurul Aqilah
Nadiah
Saiful
Abdullah
Nazira
Izza Elyana
Sasha Joseph
Salma
Aisyah

Mesti tag tau!


terima kasih :)

Pencipta reka letak

Reka letak oleh up_in_lights
Lihatlah reka letak lain di Blogskins.com

Sunday, May 31, 2009

syabas kepada pembahas-pembahas kita yang telah mara ke pusingan seterusnya bagi bahas 4PM tahun ini!!

bagi sesiapa yang nak datang sokong, pertandingan seterusnya akan diadakan di perpustakaan tampines pada 10 jun. waktunya saya tidak pasti, mungkin sesiapa yang tahu boleh memberitahu kami semua? mauduknya: pelajaran adalah punca utama tekanan yang dialami pelajar Singapura. kami pihak penyanggah. pihak pencadang daripada madrasah wak tanjong.

sekali lagi, syabas!! semoga maju jaya!
:)

haslina menaip pada 8:12 PM

Friday, May 29, 2009

bertungkus-lumus pembahas-pembahas kita untuk memberi hujah-hujah yang terbaik!
saya bangga dengan usaha mereka dan berharap mereka akan berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya,amin...
Mari kita sama-sama memberi sokongan kepada NADIAH, AIN, SHARAH DAN AQILAH yang stres giler namun tetap akan memberikan yang terbaik pada hari sabtu!insyaallah, amin(;
Semoga Maju Jaya! Datang untuk support mereka okay(;

Anonymous menaip pada 12:45 AM

Wednesday, May 27, 2009



cool, haha

haslina menaip pada 8:26 PM

Sunday, May 24, 2009

EH BUDAK-BUDAK!



SIAPA NAK TENGOK DRAMA TPJC? 

kepada pembahas-pembahas kita, semoga maju jaya! saya akan menjadi penyokong nombor anda semua! siapa nak sertai dalam rombongan penyokong saya? 

aktiviti-aktiviti kita nampak menarik gitu, apa yang anda tunggu, AYUH jadi member MLDDS yang BERSEMANGAT! 

rasyiqarter menaip pada 10:33 PM

Saturday, May 23, 2009

Maaf, NJC Pembahas-pembahas: Nadiah, Sharah, Ain dan Aqilah (;

siapa-siapa yang free, bantulah mereka ye...macehhh;D

Anonymous menaip pada 2:25 PM

Thursday, May 21, 2009

Maaf, tolong email ke email saya: micro_meteor@hotmail.com! terima kasih!

salam,
safarinaa

Anonymous menaip pada 9:45 PM

salam kepada semua! maaf kerana lambat update tentang pertemuan minggu lalu. Minggu lalu, kami telah mengadakan meeting dan membincangkan perkara-perkara di bawah ini:


MLDDS CCA DAY


Hari: Jumaat

Masa: 4.30-6pm
Seperti cca lain, kami bercadang untuk mengadakan mldds setiap minggu. Majoriti bersetuju dengan perkara ini. Apa kata mereka yang tidak hadir hari itu? Adakah anda setuju? kalau setuju, insyaallah sistem ini akan berkuatkuasa mulai bulan July

Insyaallah, minggu depan, minggu ke-10, kami akan adakan mldds gathering. jadi, boleh baritahu hazi bila korang free?untuk pengetahuan anda semua, hazi selalu sms korang semua pasal dia ada UNLIMITED SMS!! geramnyer saya! tapi kalau ada, jangan bimbang, kami akan update korang semua (; kalau ada yang nak special request untuk ke tempat-tempat tertentu, beritahu saya juga eh!


MONTHLY MLDDS GATHERING

Pada setiap bulan, kami juga akan adakan MLDDS gathering dan setiap batch akan diberikan peluang untuk plan gathering itu. Jadi, gathering yang seterusnya akan diadakan pada bulan JUN dan budak-budak SH1 akan plan untuk gathering ini. Jangan risau, gathering ini tidak semestinya harus diadakan besar-besaran. Sebaliknya, korang semua boleh plan macam lunch, dinner, ataupun pergi picnic di botanic gardens atau sentosa? ahhh..tapi mestilah menarik eh supaya dapat hilangkan STRES terutama sekali untuk SH1 dan SH2...Jadi, batch SH1 jangan lupa plan gathering untuk Jun dan beritahu/email kepada exco (safarina,rasyiqah,haslina,dinah dan hazi) tentang plan korang semua minggu depan sebelum cuti sekolah bermula boleh? Untuk menyenangkan plan awak, saya dan hazi tak free on 3rd jun(1-3pm) pasal ada BIO kerana cikgu saya asyik tak datang sekolah aje..ish ish.


DIKIR BARAT dan AKTIVITI-AKTIVITI lain

hahh..siapa ada minat dalam dikir barat atau ingin mencuba?Kami juga bercadang untuk mengadakan kumpulan dikir barat dalam mldds. saya akan cuba mencari seorang pakar dalam bidang ini untuk membantu kami secepat mungkin. kalau korang kenal orang yang boleh tolong kami, bolehlah tanya dia kalau nak coach kiterorg ehh.Oleh itu, mungkin pada cuti sekolah ini, kami akan ada sesi dikir barat. kalau setuju, pada waktu cca pada setiap jumaat, kami akan adakan sesi dikir barat dan juga aktiviti seperti menonton cerita melayu dan sebagainya. Ada yang memberi cadangan untuk mengadakan motivational talk untuk budak-budak pri school. Kami juga boleh ke rumah pertumpangan anak-anak yatim untuk membantu mereka dalam pelajaran mereka. Nak?(; kalau ada pendapat lain, beritahu saya ya!


BAHAS 4PM 2009

Saya ingin mengumumkan bahawa NJC telah menghantar 4 peserta untuk pertandingan ini. Mereka ialah Nadiah, Ain, Sharah dan Benjamin! *clap hands*Perkampungan bahas akan diadakan pada jumaat depan hingga sabtu ,2 hari sahaja. preliminary round akan diadakan pada hari SABTU. Saya akan tanyakan masa dan tempat supaya kami dapat datang untuk menyokong mereka! tapi kami hanya akan tahu masanya pada hari jumaat depan. Oleh itu, mungkin akan last minute juga. Tapi tak mengapa, saya semangat nak sokong!Kami juga akan mengadakan latihan bahas pada minggu depan. Kalau boleh, datang lah untuk latihan ini untuk memberi sokongan dan bantuan kepada mereka. hari dan masa akan saya beritahu. MAJU JAYA PESERTA-PESERTA BAHAS!


MAKLUM BALAS

okay, setelah membaca hal-hal di atas, sila beri maklum balas anda kepada kami! anda boleh email kepada kami (mldds_njc@hotmail.com) untuk memberi maklum balas atau sms/jumpa kami juga!


ADAM LAMBERT!!
sexy kannn!!!!
kesian kerana adam lambert tak menang american idol! tapi tak mengapa,saya tidak berasa sedih kerana saya tahu dia akan berjaya sebagai seorang artis pada masa yang akan datang! saya akan beli album-albumnya!! tahniah kepada KRIS kerana menang, alahai dua-dua bagus...mcm saya..jadi takper la eh..menang ke kalah ker, tetap bagus! ADAM LAMBERT! (;

sekian, terima kasih!

salam sayang,
safarinaaaaaa(;

Anonymous menaip pada 8:55 PM

Saturday, May 16, 2009

hello kawan-kawan!
haha, saya tulis kat sini pun takde isu yang penting. cuma nak bilang korang kalau ada masa pergi tengok pameran oleh nj photog di I & E hub. saya pergi tadi, wahh, gambar-gambar dier semua betul-betul menarik! gerek ah. saya pun sekarang dah rasa macam nak ambil banyak-banyak gambar gitu. entahlah bagaimana cara mereka tonjolkan warna-warni dalam gambar itu, tapi cantik dan unik. macam setiap gambar tu ada cerita di sebaliknya. hehe, ok dah, saya berhenti di sini. pergi lihat ye, tak pergi rugi!:P

terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang hadir tadi untuk mesyuarat ml :D

haslina menaip pada 12:58 AM

Sunday, May 10, 2009















Gambar-gambar di atas semua dipetik oleh CIK SAFARINAA semasa sesi dialog di Civil Service College petang tadi. Amaran: kebanyakan gambar-gambar unglam ya! :D Bagaimanapun, saya rasa sesi dialog itu amat menarik sekali dan sememangnya saya ingin menghadiri acara-acara sebegini di masa hadapan.

Ain Bohari(:

Biar Melayu kekal selalu menaip pada 12:11 AM

Saturday, May 9, 2009

hello minah-minah dan mat-mat serta makcik-makcik!!
saya ada sesuatu untuk berkongsi dengan korang semua. ibu saya send sms ini kepada saya:

"MAU AMBIL BAHAGIAN?
dalam pertandingan "MAKAN ROJAK, JANGAN TAK MAKAN"
Hadiah-hadiah lumayan menanti anda!
Anda diminta menghabiskan ROJAK INDIA sehingga cirit-birit
HADIAH UTAMA: sebuah VAN JENAZAH berhawa dingin sumbangan Rojak Geylang Serai, tiket pergi tak balik-balik ke ALAM BARZAKH untuk 1 orang dan sepasang BATU NISAN diimport khas dari Geylang.
setiap peserta akan diberikan KAIN KAPAN 100%. Penyertaan dialu-alukan..Jangan ketinggalan! peluang baik! AJAK MEMBER-MEMBER SEKALI MAKAN! CEPAT!!"

hahhhh....siapa yang ingin menyertai pertandingan ini?! gerek kan?!itulah kisahnya bila ibu-ibu zaman sekarang sudah pandai gunakan telefon bimbit.bagus bagus..

ahh..hari ada di antara kami telah menghadiri DIALOGUE SESSION tentang self-radicalization, usaha FMSA. Sesi tersebut merupakan pembuka mata (eye opener?) kepada saya tentang topik terrosime yang agak sensitif di kalangan masyarakat kami. ia bukan sahaja telah membantu membuka minda kami untuk berfikir dengan lebih kritikal dan juag memberi pelbagai informasi untuk membantu kami dalam General Paper, sesi interaktif ini juga telah membantu para remaja untuk sedar akan kepentingan merujuk kepada seseorang yang lebih arif jika kita tidak tahu tentang sesuatu hal tersebut. Pelbagai pelajaran yang dapat diambil daripada sesi ini. Saya ingin berterima kasih kepada mereka yang pergi dan berharap anda semua telah mempelajari sesuatu daripada sesi ini. gerek ah! Ain BOHARI! upload gambar-gambar di sini juga ye! gambar skandal-skandal(oops.orang yang terbabit..tolong jgn marah ehh..hehe) tertentu dan gambar unglam orang tertentu juga yeah(; heheeeeeee

okay sampai di sini sahaja..saya rasa begitu penat..sebelum saya pergi, saya nak PROMOTE ADAM LAMBERT kepada anda semua! DIA FINALIS UNTUK AMERICAN IDOL DAN SAYA SUNGGUH SUKA DENGAN DIA!! suaranya...fuwohhhh...boleh cairkan orang!! tengok tau jangan tak tengok!!;DD


salam sayang,
SAFARINAAAAAA!

Anonymous menaip pada 4:19 PM

Wednesday, May 6, 2009

DRAMA 2009 telah dibatalkan!

Produksi drama kita tahun ini tidak dapat dijalankan kerana terhalang oleh guru besar. nasib kita tidak begitu baik tahun ini, saya sungguh sedih. maaf kerana tidak dapat menyebarkan berita ini di blog ML kita. 

tapi adakah patut penerbitan drama dibatalkan? geram saya, tapi apa nak buat, kalau kita mogok, mesti kena denda oleh pihak pihak tertentu. lebih baik relak one corner sudah.

ok bye, saya nak jadi budak baik. 

rasyiqarter menaip pada 6:11 PM

Saturday, May 2, 2009


haslina menaip pada 5:42 PM