ML @ NJC

Bahasa ibunda tersemai di hati,
Warisan pujangga tetap dituruti.

Kami perintis Perbayu NJC!

Arkib

September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
March 2008
April 2008
June 2008
December 2008
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
January 2010

Guru-guru

Cikgu Artina
Cikgu Mazalan

Kita :D

Sharah_President
Saiful_Vice President
Atiqah_Secretary
Shairah_Welfare head/Treasurer
Aqilah_Liaison Officer
Haslinda
Ain
Sharah
Shairah
Batrishiya
Khairul Ashraf
Nur Atika
Ahmad Maliki
Nurul Aqilah
Nadiah
Saiful
Abdullah
Nazira
Izza Elyana
Sasha Joseph
Salma
Aisyah

Mesti tag tau!


terima kasih :)

Pencipta reka letak

Reka letak oleh up_in_lights
Lihatlah reka letak lain di Blogskins.com

Tuesday, March 31, 2009

“Bahagia di mata orang, bukan semestinya bahagia di mata kita. Oleh kerana ukuran bahagia tidak pernah menjanjikan dari apa dan siapa, maka syukurilah kehidupan yang sedia ada.” Kunci kepada penambahan nikmat ada bersyukur. Semakin banyak Anda bersyukur, semakian banyak nikmat ditambahkan dalam hidup Anda. Rasa bersemangat, rasa bahagia adalah salah satu nikmat.

Untuk membuat kita makin jadi bersemangat, makin jadi bahagia, rajin-rajinkan diri mengucap syukur. Bukan syukur yang dibuat-buat semata-mata nak ditambahkan nikmat, tapi syukur yang benar-benar lahir dari hati dek rasa terharu. Syukur sebab boleh hidup sampai ke hari ni dan syukur sebab diberi peluang untuk menikmati diri.

Kalau Anda seorang student, rasa bersyukur sebenarnya boleh membuahkan semangat nak belajar. Panjatkanlah rasa bersyukur kerana anda diberi peluang masuk ke universiti dan Anda diberi peluang untuk menjadikan masa depan Anda bersinar lebih cerah. Kemudian, panjatkanlah rasa syukur kerana dengan memasuki universiti, Anda dah boleh membalas jasa mak Anda yang bersusah payah membesarkan Anda. Jadikan mereka bangga dengan Anda!

Rasa bahagia membuat kita amat bermotivasi. Kita jadi bersemangat dengan rajin sekali. Rasa bahagia yang kekal, datangnya terus dari hati tanpa dipaksa-paksa.

Biarlah Anda bahagia ikut cara Anda sendiri, bukan ikut cara orang. Jika bersederhana membuat anda bahagia, maka bersederhanalah, pedulikan cara orang lain kerana tak semestinya cara orang lain sesuai buat Anda. Ini hidup Anda, jadi biarlah Anda menentukannya.


http://www.imotivasi.com/

haslina menaip pada 6:20 PM

Saturday, March 28, 2009

akhirnya!
penat tau tukar design blog ni.
berjam-jam sey. haha
tapi kalau ada yang tak suka ke, silalah beritahu, lepas tu berikan pendapat ye. terima kasih!
nasib baik tukar, pasal dapat tahu, nama saya dalam blog lama jadi NUR haslina. aper dahhh.

kk, salam semua :D

haslina menaip pada 5:12 PM

Wednesday, March 25, 2009

Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!


HAHAHA

haslina menaip pada 9:21 PM

Sunday, March 22, 2009

Kata-Kata Motivasi - oleh Shukri Abdullah

Kata-kata motivasi untuk anda adalah: “jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.”

Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.

Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!

Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.

Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.

Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif.

haslina menaip pada 11:49 AM

Wednesday, March 18, 2009

salam semua!
maaf la ye, jika sejak kebelakangan ni, banyak benda yang merepek dan sungguh tak relevan yang diletakkan dalam blog ni.
tapi saya harap anda faham la eh. sebab kadang-kadang dah takde idea ape nak letak jadi letak aje apa-apa yang saya jumpa. hehe. namun, harap anda akan terus setia mengunjungi blog ini dan tinggalkan tag di papan tag di kanan blog.

terima kasih! :D

haslina menaip pada 11:44 PM

Sunday, March 15, 2009

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

selamat mencuba!

dipetik dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=426.0

haslina menaip pada 11:43 PM

Thursday, March 12, 2009

'The Mom Song'

semata-mata untuk hiburan anda :D

cerita lucu:

Tak Romantik Langsung

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

HAHAHA


haslina menaip pada 5:07 PM

Sunday, March 8, 2009

Ehwal Luar Negara:

KOREA U DIGESA TARIK BALIK ANCAMAN

Seoul sifatkan amaran ke atas pesawat awam tidak wajar

SEOUL: Korea Selatan semalam menggesa Korea Utara supaya menarik balik ancaman ke atas pesawat penumpang Korea Selatan yang terbang dekat ruang udaranya, dan menyifatkan ancaman itu tidak wajar dan 'tidak berperikemanusiaan'.

'Ancaman ketenteraan terhadap penerbangan biasa pesawat awam bukan saja mencabul peraturan antarabangsa, malah ia satu tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar dalam apa jua keadaan,' kata jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Encik Kim Ho-nyeon, kepada pemberita.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas Pyongyang memberi amaran ia tidak dapat menjamin keselamatan pesawat Korea Selatan yang terbang dekat ruang udaranya semasa Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengadakan latihan bersama ketenteraan selama 12 hari bermula Isnin ini.

'(Kami) terpaksa mengisytiharkan bahawa kami tidak dapat menjamin keselamatan pesawat Korea Selatan yang terbang melintasi atau dekat dengan wilayah kami sewaktu latihan ketenteraan berlangsung,' kata Jawatankuasa Penyatuan Semula Tanah Air Korea Utara seperti ditukil Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Pyongyang juga menuduh Amerika dan Korea Selatan cuba mencetus perang nuklear dengan mengadakan latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Menurut Encik Kim, amaran terbaru Korea Utara itu mungkin satu notis awal agar ruang udaranya tidak dicerobohi sebelum satu pelancaran peluru berpandu dibuat.

Minggu lepas Korea Utara mengumumkan ia akan melancarkan sebuah satelit komunikasi ke angkasa lepas. Namun, Amerika dan sekutunya mengesyaki ia satu selindung bagi ujian peluru berpandu jarak jauh yang boleh mengenai Alaska.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Encik Gordon Duguid, berkata kenyataan Korea Utara 'tidak membantu keadaan'.

Menurutnya, Pyongyang sepatutnya berusaha memenuhi komitmen dalam rundingan nuklear 'dan bukan membuat kenyataan berupa ancaman terhadap pesawat awam'.

Ekoran perkembangan itu, Korea Selatan telah mengambil langkah bagi memastikan keselamatan dua syarikat penerbangannya, Korean Air dan Asiana Airlines.

Penguasa Keselamatan Penerbangan Awam (CASA) Korea Selatan telah mengarahkan pesawat kedua-dua syarikat supaya menukar laluan menghindari ruang udara Korea Utara, 'sehingga ancaman Korea Utara ditarik balik'.

Para pegawai berkata kira-kira 200 penerbangan Korean Air dan Asiana Airlines akan diubah laluan sepanjang dua minggu mendatang. Ia sekali gus menambah waktu penerbangan antara 40 minit hingga sejam dan penambahan kos sebanyak empat juta won ($3,870) bagi setiap penerbangan. -- AP, AFP.

-Berita Harian 08/03/09-

haslina menaip pada 4:28 PM

Thursday, March 5, 2009

Kepada seniors kami:

ALL THE BEST FOR TOMORROW'S RESULTS!!(;
Insya-Allah kamu semua berjaya dengan cemerlang!
kami semua mengucapkan semoga maju jaya dan harap-harap kamu semua dapat yang terbaik!
mana tau, ada yang TOP MALAY STUDENT! hahaha
Insya-Allah! amin (;

Jangan lupa visit kiteorg di ta21 eh kalau ada time.
Kami ada latihan drama (;

Once again, All the best!

safarinaaaa(;

Anonymous menaip pada 9:15 PM

Monday, March 2, 2009

Sebuah cerita bermakna:

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali- kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.
'' KEPADA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU......BILAKAH KALI TERAKHIR KITA BERCAKAP DENGAN IBU KITA BERTANYAKAN KHABAR, MENCIUM TANGAN, BAWA IBU MAKAN-MAKAN, BAWA PERGI AMBIL UBAT/PERIKSA DOKTOR, BERI WANG BULANAN DAN SEBAGAINYA......
KAPADA IBU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ADAKAH SETIAP HARI KITA BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA ALLAH MENGAMPUNI DOSA IBU DAN DITEMPATKAN DISYURGA......
WASSALAM.


harap-harap cerita ini akan menambahkan kasih sayang anda terhadap insan mulia bernama ibu :)

haslina menaip pada 7:44 PM