ML @ NJC

Bahasa ibunda tersemai di hati,
Warisan pujangga tetap dituruti.

Kami perintis Perbayu NJC!

Arkib

September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
March 2008
April 2008
June 2008
December 2008
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
September 2009
October 2009
November 2009
January 2010

Guru-guru

Cikgu Artina
Cikgu Mazalan

Kita :D

Sharah_President
Saiful_Vice President
Atiqah_Secretary
Shairah_Welfare head/Treasurer
Aqilah_Liaison Officer
Haslinda
Ain
Sharah
Shairah
Batrishiya
Khairul Ashraf
Nur Atika
Ahmad Maliki
Nurul Aqilah
Nadiah
Saiful
Abdullah
Nazira
Izza Elyana
Sasha Joseph
Salma
Aisyah

Mesti tag tau!


terima kasih :)

Pencipta reka letak

Reka letak oleh up_in_lights
Lihatlah reka letak lain di Blogskins.com

Sunday, April 26, 2009

satu daripada video lawak jenaka yang saya pernah tuliskan url di sini. untuk sesiapa yang malas nak copy paste url. hehe.



:D

haslina menaip pada 9:26 PM

Tuesday, April 21, 2009


Saya tidak tahu

Menjadi cerdas tidak bererti mengetahui segala jawapan. Terkadang, jawapan paling cerdas yang anda dapat katakan adalah “Saya Tidak Tahu”. Diperlukan rasa percaya diri dan kecerdasan extra untuk mengetahui ketidaktahuan anda. Dan saat anda melakukannya, anda sedang dalam proses mempelajari jawapan sesungguhnya.

Seringkali kerana alasan kebanggaan dan mencegah rasa tidak aman, kita mengatakan tahu, padahal sebenarnya kita tidak tahu. Lewat cara ini, kita telah menyia-nyiakan kesempatan untuk belajar lebih lanjut. Percayalah, tidak ada salahnya anda tidak mengetahui suatu hal.

Bahagian penting dari kebijaksanaan adalah mengetahui batas pengetahuan anda. Mengetahui apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Orang yang benar-benar cerdas adalah orang yang tahu dan mengerti, bahawa tidak semua pertanyaan dapat ia jawab. Orang yang benar-benar cerdas adalah orang yang mahu bertanya, mahu belajar dan mahu bertumbuh.

Gunakan pengetahuan yang anda miliki, dan miliki pengetahuan yang anda perlukan. Itu adalah jalan terbaik yang anda bisa tempuh.


http://inspirasi2.wordpress.com/2008/10/17/saya-tidak-tahu/

haslina menaip pada 7:59 PM

Wednesday, April 15, 2009

Dalam kesemetaraan:

Dalam kesementaraan
Ada kepastian
Bernama kematian

Dalam kesementaraan
Ada ketetapan
Bernama ujian

Dalam kesementaraan
Ada keistimewaan
Bernama kewujudan

Dalam kesementaraan
Ada keabadian
Bernama kenangan

Dalam kesementaraan
Ada peradaban
Bernama kesyukuran

Dalam kesementaraan
Ada sambungan
Bernama akhirat

Dalam kesementaraan
Ada titian
Bernama dugaan

Dalam kesementaraan
Ada hakikat
Bernama kehidupan

-Peter Augustine Goh-

haslina menaip pada 8:40 PM

Sunday, April 12, 2009

salam semua!

ni ada tiga video lawak jenaka untuk sesiapa yang sedang menghadapi sebarang tekanan ye. kelakar gilerr! haha, untuk saya la. tak tahu untuk korang macam mana.

http://www.youtube.com/watch?v=CY6C5rA57_k&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=_BH_Z-Lf9qI&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=N4C9myc6XOc&feature=PlayList&p=6A0219402F375C32&playnext=1&playnext_from=PL&index=32


:D

haslina menaip pada 1:10 AM

Wednesday, April 8, 2009

Dua lagi fakta menarik:

1. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.

2. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang. (kesian la kepada mereka yang benci dengan semut. haha)

:)

haslina menaip pada 10:00 PM

Sunday, April 5, 2009

alamak, saya ingin komen tentang fakta-fakta menarik itu, terutama sekali apabila BERSIN.

adui, maksudnya, jantung saya memang tak berfungsi semasa BERSIN?!!!!!!!! dan semua organ? padanlah jantung(heart. not hati = liver) saya selalu dalam kesakitan sebab selalu bersin. abeh apa akan terjadi apabila bersin terlalu banyak? kena CPR ye? kalau macam gitu, saya boleh suruh mamat hansem letak lada hitam di seluruh badannya. lepas itu, saya akan BERSIN banyak banyak, lepas itu jantung saya berhenti, dah boleh dapat CPR!

ehhh, tapi itu memang tak senonoh betul. HARAM! sengaja nak cari pasal. mesti perbuatan yang akan menjadi topik umpatan makcik-makcik tua. siap-siap dengan bakul pasar, mereka akan DATANG berlari ke tempat kejadian dan memekik MAKSIAT! MAKSIAT! dan memukul si lelaki hansem yang kesian itu dengan bakul pasar mereka yang berbau ikan dan daging. setelah itu, mereka akan berlari, pada kali pertama dalam 1o tahun mereka BERLARI, dan menyebarkan berita hangat ke seluruh kampung! Akhirnya, mereka berasa malu kerana lelaki itu sebenarnya ingin menyelamatkan buah hatinya... tetapi oleh kerana dipukul dengan bakul busuk itu, saya yang pengsan tiba-tiba terbangun sebab tak boleh tahan dengan bau busuk, segera menyelamatkan si mamat itu dan memekik MAKCIK NYANYUK! MAKCIK NYANYUK! padan muka makcik-makcik gossip itu dimarahi oleh suami-suami mereka. tulah... selalu syak wasangka terhadap orang...

Pada kali pertama dalam hidup saya, saya setuju dengan haslina akan perkara ini: Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. contohnya memang jelas di perenggan atas. maklumlah, dah pagi-pagi buta ni, saya tidak dapat mengawal otak saya. 

jangan marahlah, kan bagus tu, saya telah mengarang sebuah cerita menarik untuk dibaca. patut berterima kasih tau! 

OHHHHHH, sebelum saya lupa, GAMBAR GAMBAR PIDATO sudah dimuat turunkan ke lelaman tpjc. semua gambar saya memang tak LAWA langsung! sakit HATI! tapi izza tak perlu bersusah-hati, kerana gambarnya tidak bermasalah/ kalau siapa yang kpo sangat nak melihatnya, nanti baru saya berikan lelamannya. macam mana saya tahu infomasi ini, jangan risau. saya ni kan pemaisuri gossip, mestilah tahu semua BENDA!

jumpa untuk sesi drama! KITA HARUS BEKERJA KERAS!!! DRAMA DRAMA DRAMA! mesti memasukkan jiwa dan raga untuk menjayakan terbitan drama ini. MESTI TAU! saya sudah mengambarkannya, dengan imaginasi saya yang liar, saya pasti ia akan berjaya. lagipun, ADA BANYAK POTENSI di dalam lakonan-lakonan ahli-ahli mldds kita. mana tahu, mungkin ada pengarah terkenal yang menonton drama kita. apa-apa boleh terjadi :) AYUH KITA BERSEMANGAT! NJ MLDDS BOLEH!

selamat tinggal!


rasyiqarter menaip pada 2:35 AM

tidak lupa juga kepada izza (jh1) yang telah memasuki pertandingan pidato. syabas! berani sey korang :)

oh, dua fakta menarik (mengikut pendapat saya la):

1. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

2. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.


salam ikhlas.

haslina menaip pada 12:50 AM

Thursday, April 2, 2009

terima kasih kepada Haslina kerana selalu letakkan cerita-cerita kelakar dan sebagainya di sini. walaupun dia sibuk dengan pelajaran dan CCA, dia tetap sanggup letakkan benda-benda merepek di sini yang buat saya TERKEKEK!
Terima kasih rasyiqah kerana selalu membuat saya terkekek juga bila saya membaca pos awak. Sungguh melucukan kerana bahasa awak ada standard seyhhh!

Di sini ingin saya mengumumkan bahawa RASYIQAH ROSLI akan bertanding dalam pertandingan pidato ESOK di TPJC pada pukul 2.30 petang. Selamat maju jaya Rasyiqah! Harumkan lah nama baik Maktab Rendah Kebangsaan ya (;

Kepada mereka yang akan menyertai SYF 2009, selamat maju jaya juga! Jangan putus asa ya kerana ia akan berakhir tidak lama lagi! jadi bertahan lah kamu semua! Berikan yang terbaik juga ya!(;

Salam sayang,
Safarinaaaa

Anonymous menaip pada 10:36 PM

Wednesday, April 1, 2009

ah sudah lama saya tidak mengepos apa apa di lelaman blog ini. memandangkan saya rasa baik malam rabu ini, saya telah membuat keputusan untuk mengembirakan peminat-peminat setia saya dengan pos ini. maklumlah, saya kan wanita sibuk, bukan macam haslina makcik PENYIBUK yang selalu ada banayk masa untuk mengepos kata-kata motivasi dan lain-lain lagi.

Untuk Pertandingan Pidato 2009, Izza telah mewakili sekolah tercinta kita dalam kategori menengah. kalau nak tahu, dia peserta yang paling muda di pertandingan itu. YAY! (siapa tak cakap YAY, ahhhh nasib awak tidak akan jadi baik) sedihnya kita tidak memenangi apa-apa tetapi yang lebih penting ialah PENGALAMAN. daripada pengalaman, dapatlah kita sentiasa mempertingkatkan diri dan menjadi seseorang yang lebih tabah menghadapi cabaran selepas itu. Kegagalan bukanlah sesuatu yang kita patut rasa kecewa. Yang penting kita telah cuba dengan sedaya upaya kita. 

oh saya rasa melayu saya sungguh membosankan. maaf kerana tiada frasa-frasa berbunga. saya sudah tidak menulis karangan bahasa Melayu selama satu tahun dan berbulan-bulan, jadi fahamlah keadaan saya. OHHHHHHHHHHHHHHHH, tadi saya terjumpa seorang gula-gula mata. hehehehehehehehehehehe.

selamat tinggal rakan-rakan. otak saya tiada idea untuk menyemarakan pos ini. kalau saya dapat inspirasi, saya akan datang kembali. Sementara itu, tunggulah dengan sabar ye peminat-peminat setia saya... jangan nangis sudah. nanti muka boleh cair sebab nangis terlalu banyak tau... 

rasyiqarter menaip pada 11:01 PM