![]() |
|
ML @ NJC
Warisan pujangga tetap dituruti. Kami perintis Perbayu NJC! Arkib October 2007 November 2007 December 2007 March 2008 April 2008 June 2008 December 2008 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 September 2009 October 2009 November 2009 January 2010 Guru-guru Cikgu Mazalan Kita :D Saiful_Vice President Atiqah_Secretary Shairah_Welfare head/Treasurer Aqilah_Liaison Officer Haslinda Ain Sharah Shairah Batrishiya Khairul Ashraf Nur Atika Ahmad Maliki Nurul Aqilah Nadiah Saiful Abdullah Nazira Izza Elyana Sasha Joseph Salma Aisyah Mesti tag tau! Pencipta reka letak Lihatlah reka letak lain di Blogskins.com |
Sunday, March 8, 2009 Ehwal Luar Negara: KOREA U DIGESA TARIK BALIK ANCAMAN Seoul sifatkan amaran ke atas pesawat awam tidak wajar SEOUL: Korea Selatan semalam menggesa Korea Utara supaya menarik balik ancaman ke atas pesawat penumpang Korea Selatan yang terbang dekat ruang udaranya, dan menyifatkan ancaman itu tidak wajar dan 'tidak berperikemanusiaan'. 'Ancaman ketenteraan terhadap penerbangan biasa pesawat awam bukan saja mencabul peraturan antarabangsa, malah ia satu tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar dalam apa jua keadaan,' kata jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Encik Kim Ho-nyeon, kepada pemberita. Perkembangan itu berlaku sehari selepas Pyongyang memberi amaran ia tidak dapat menjamin keselamatan pesawat Korea Selatan yang terbang dekat ruang udaranya semasa Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengadakan latihan bersama ketenteraan selama 12 hari bermula Isnin ini. '(Kami) terpaksa mengisytiharkan bahawa kami tidak dapat menjamin keselamatan pesawat Korea Selatan yang terbang melintasi atau dekat dengan wilayah kami sewaktu latihan ketenteraan berlangsung,' kata Jawatankuasa Penyatuan Semula Tanah Air Korea Utara seperti ditukil Agensi Berita Pusat Korea (KCNA). Pyongyang juga menuduh Amerika dan Korea Selatan cuba mencetus perang nuklear dengan mengadakan latihan ketenteraan tidak lama lagi. Menurut Encik Kim, amaran terbaru Korea Utara itu mungkin satu notis awal agar ruang udaranya tidak dicerobohi sebelum satu pelancaran peluru berpandu dibuat. Minggu lepas Korea Utara mengumumkan ia akan melancarkan sebuah satelit komunikasi ke angkasa lepas. Namun, Amerika dan sekutunya mengesyaki ia satu selindung bagi ujian peluru berpandu jarak jauh yang boleh mengenai Alaska. Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Encik Gordon Duguid, berkata kenyataan Korea Utara 'tidak membantu keadaan'. Menurutnya, Pyongyang sepatutnya berusaha memenuhi komitmen dalam rundingan nuklear 'dan bukan membuat kenyataan berupa ancaman terhadap pesawat awam'. Ekoran perkembangan itu, Korea Selatan telah mengambil langkah bagi memastikan keselamatan dua syarikat penerbangannya, Korean Air dan Asiana Airlines. Penguasa Keselamatan Penerbangan Awam (CASA) Korea Selatan telah mengarahkan pesawat kedua-dua syarikat supaya menukar laluan menghindari ruang udara Korea Utara, 'sehingga ancaman Korea Utara ditarik balik'. Para pegawai berkata kira-kira 200 penerbangan Korean Air dan Asiana Airlines akan diubah laluan sepanjang dua minggu mendatang. Ia sekali gus menambah waktu penerbangan antara 40 minit hingga sejam dan penambahan kos sebanyak empat juta won ($3,870) bagi setiap penerbangan. -- AP, AFP. -Berita Harian 08/03/09- |