![]() |
|
ML @ NJC
Warisan pujangga tetap dituruti. Kami perintis Perbayu NJC! Arkib October 2007 November 2007 December 2007 March 2008 April 2008 June 2008 December 2008 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 September 2009 October 2009 November 2009 January 2010 Guru-guru Cikgu Mazalan Kita :D Saiful_Vice President Atiqah_Secretary Shairah_Welfare head/Treasurer Aqilah_Liaison Officer Haslinda Ain Sharah Shairah Batrishiya Khairul Ashraf Nur Atika Ahmad Maliki Nurul Aqilah Nadiah Saiful Abdullah Nazira Izza Elyana Sasha Joseph Salma Aisyah Mesti tag tau! Pencipta reka letak Lihatlah reka letak lain di Blogskins.com |
Tuesday, March 31, 2009 “Bahagia di mata orang, bukan semestinya bahagia di mata kita. Oleh kerana ukuran bahagia tidak pernah menjanjikan dari apa dan siapa, maka syukurilah kehidupan yang sedia ada.” Kunci kepada penambahan nikmat ada bersyukur. Semakin banyak Anda bersyukur, semakian banyak nikmat ditambahkan dalam hidup Anda. Rasa bersemangat, rasa bahagia adalah salah satu nikmat. Untuk membuat kita makin jadi bersemangat, makin jadi bahagia, rajin-rajinkan diri mengucap syukur. Bukan syukur yang dibuat-buat semata-mata nak ditambahkan nikmat, tapi syukur yang benar-benar lahir dari hati dek rasa terharu. Syukur sebab boleh hidup sampai ke hari ni dan syukur sebab diberi peluang untuk menikmati diri. Kalau Anda seorang student, rasa bersyukur sebenarnya boleh membuahkan semangat nak belajar. Panjatkanlah rasa bersyukur kerana anda diberi peluang masuk ke universiti dan Anda diberi peluang untuk menjadikan masa depan Anda bersinar lebih cerah. Kemudian, panjatkanlah rasa syukur kerana dengan memasuki universiti, Anda dah boleh membalas jasa mak Anda yang bersusah payah membesarkan Anda. Jadikan mereka bangga dengan Anda! Rasa bahagia membuat kita amat bermotivasi. Kita jadi bersemangat dengan rajin sekali. Rasa bahagia yang kekal, datangnya terus dari hati tanpa dipaksa-paksa. Biarlah Anda bahagia ikut cara Anda sendiri, bukan ikut cara orang. Jika bersederhana membuat anda bahagia, maka bersederhanalah, pedulikan cara orang lain kerana tak semestinya cara orang lain sesuai buat Anda. Ini hidup Anda, jadi biarlah Anda menentukannya. http://www.imotivasi.com/ |